Hadir meruntuh ikatan suci
Melerai kasih dambaan syurga
Menjauh amanah Sang Pencipta
Muncul menterbit pilu
Tawa meremuk sukma
Kebenaran ke jurang dusta
Manis tutur bersulam helah
Cinta bersulam nafsu
Nafsu bersulam nikmat
Nikmat bersulam dosa
Sedetik nikmat azab menanti
Indah dunia anganan
Tidak canggung bersama
Sandiwara kudus
Mengeliru khalayak pancaindera
Tidak Yang Maha Mengetahui
Bertopeng sampai bila?
Hingga rebak pentas penamat
-Yatie Kamaruddin-
31 Oktober 2018
Sajak ini saya ciptakan kerana di dunia ini terdapat ramai manusia yang sering bermuka-muka serta menyembunyikan kesalahan sendiri dan dengan mudah menuduh orang lain yang bersalah atas kesilapan yang mereka lakukan. Sebagai hamba Allah kita seharusnya bersikap jujur dan sentiasa bersedia untuk mengakui kesilapan. Selain itu, manusia yang sebegini juga sering melakukan dosa dan maksiat tanpa memikirkan azab yang akan diterima di akhirat kelak. Sajak ini mengajak semua manusia untuk kembali ke jalan yang benar dan bertaubat selagi peluang masih diberi dan selagi kita masih bernafas di dunia ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan