Filem terbitan Astro Shaw bersama Surya Citra Media (SCM) serta produksi oleh BlackFlag ini menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama. Di samping itu, terdapat ramai pelakon-pelakon hebat yang diundang menjayakan filem ini antaranya Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock dan Tanta Ginting. Tidak kurang hebat juga lakonan mantap daripada Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Fir Rahman, Jeff Catz dan Dennis Yin.
Filem yang diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew ini mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang dipaksa menjadi tebusan apabila kawasan tempat tinggal mereka ditawan pengganas. Filem ini berdurasi 125 minit dan masih lagi ditayangkan sehingga hari ini 14 Disember 2018. Sepanjang tayangan boleh dikatakan hampir tiada babak yang membosankan. Semua babak sangat mendebarkan dan sarat dengan emosi. Filem ini menguji kemampuan Zizan Razak yang sinonim dengan watak humor dan dalam filem ini memerlukan beliau melakonkan watak yang penuh emosi dan adegan air mata. Sejujurnya saya setelah dua kali menononton filem ini, saya boleh berikan 9/10.
Bagi sesiapa yang masih belum menonton bolehla pergi ke pawagam terdekat sekarang memang tidak mengecewakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan